CABARAN


CABARAN MEMARTABATKAN BAHASA SLANGA DALAM BAHASA MELAYU 





Perbincangan tentang bahasa slanga sering mendapat perhatian daripada banyak pihak terutama pihak yang cakna akan bahasa. Namun begitu, ada beberapa kekeliruan yang timbul berkaitan makna sebenar bahasa slanga kerana ada pihak yang menganggap bahasa slanga merupakan dialek daerah. Ada yang mengaitkan bahasa slanga dengan cara pertuturan yang dipengaruhi oleh bahasa asing, iaitu sebutan bahasa Melayu mengikut cara sebutan bahasa asing. Ada juga yang menyatakan bahawa bahasa slanga sebagai bahasa mesra.

Walaupun bahasa slanga ini merupakan bahasa yang tidak formal dan rendah kedudukannya, kajian terhadap bahasa ini tetap dijalankan dengan teliti kerana bahasa slanga ditinjau sebagai satu gejala pertuturan manusia tanpa menghiraukan siapa penuturnya dan pandangan masyarakat terhadap jenis pertuturan ini.

Perkembangan bahasa slanga yang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat terutama dalam kalangan remaja amat membimbangkan ahli bahasa dan pencinta bahasa Melayu kerana bahasa ini dikatakan akan merencatkan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan bahasa rasmi di negara kita. Kita tidak mahu nanti bahasa slanga berleluasa di negara kita dan secara tidak langsung menghakis keutuhan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Menurut Kamus Oxford, mendefinasikan sebagai Slanga satu perbendaharaan kata yang khusus digunakan oleh sekumpulan manusia yang rendah kedudukannya. Manakala Nik Safiah Karim mendefinisikan slanga sebagai bahasa terhad (restricted language) kerana mempunyai cirri tertentu dan hanya digunakan dan difahami oleh golongan tertentu sahaja. Slanga menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula ialah

kata, ungkapan dan sebagainya yang tidak tergolong dalam bahasa baku, iaitu bahasa yang digunakan dalam percakapan tidak rasmi. Dapatlah disimpulkan bahawa bahasa slanga ialah bahasa yang digunakan oleh satu kelompok manusia dan hanya kelompok berkenaan sahaja yang memahaminya. Dalam konteks lokasi juga, bahasa slanga berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain.



Kesimpulan.

Bahasa merupakan satu alat untuk manusia berkomunikasi antara satu sama lain. Tanpa bahasa , manusia adalah bisu dan hanya boleh berinteraksi melalui bahasa isyarat atau bahasa badan.  Bahasa juga melambangkan identiti masyarakat sesebuah negara. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita. Berbagai-bagai usaha telah dijalankan bagi menjamin kedaulatan serta memartabatkan bahasa Melayu di persada dunia.  Namun begitu, kita juga tidak terlepas daripada menghadapi rintangan dalam mengekalkan usaha-usaha tersebut. Antara rintangan tersebut ialah penggunaan bahasa tidak sopan yang semakin menular  umpama satu wabak yang amat merbahaya. Fenomena penggunaan bahasa tidak sopan merupakan satu gejala alaf baru yang bakal menggugat kedaulatan bangsa dan menghakis nilai-nilai kasantunan bahasa Melayu sekiranya tidak di bendung dengan sewajarnya.

Justeru, pelbagai langkah perlu diambil bagi menangani masalah ini daripada terus merebak dan berleluasa.  Usaha  pelbagai pihak daripada semua peringkat masyarakat adalah perlu bagi memastikan kejayaan dicapai.  Kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan bahasa yang sopan perlulah dipertingkatkan.  Penggunaan bahasa yang bertepatan, sesuai dan betul akan memberi kesan dan makna yang mendalam untuk menyampaikan sesuatu maksud semasa kita berkomunikasi dengan orang lain.  Memahami apa yang disampaikan menjadikan individu yang di lawan cakapnya merasa dihargai dan gembira. Ini menandakan bahawa proses komunikasi itu berjaya  Kemakmuran dan keharmonian sesebuah negara bergantung kepada rakyatnya yang memartabatkan kedaulatan bangsa dan menjaga tatasusila dalam budaya kehidupan yang dilalui.


( sumber : Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa, Oktober 2012.)