FAKTOR-FAKTOR


FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENGGUNAAN BAHASA SLANGA




Faktor- Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Bahasa Slanga Dalam Kalangan Remaja. Penggunaan bahsa slanga ini telah menular dengan begitu meluas sekali dalam kalangan remaja penutur Melayu. Penggunaan bahasa slanga telah menjadi gaya pertuturan dalam penutur jati Melayu itu sendiri. Penggunaan bahasa slanga bukanlah fenomena baru yang melanda bahasa Melayu. Golongan remaja yang mempopularkan bahasa slanga selalunya memanipulasikan ungkapan atau perkataan dengan memberi makna baharu kepada perkataan tersebut. Bahasa slanga telah mula digunakan lebih 30 tahun dahulu yang dipopularkan oleh penyanyi rock, Ungkapan-ungkapan popular yang menjadi ikutan para remaja pada ketika itu ialah tangkap cintan, tangkap leleh di samping ganti nama lu dan gua. Pada hari ini, penggunaan bahasa slanga semakin popular terutama pada era teknologi maklumat dan juga melalui penggunaan SMS. Melalui ruang ‘chatting’ dalam internet pula pelbagai bentuk bahasa slanga terhasil, antaranya, slanga yang terbentuk daripada percantuman dua perkataan seperti pekabor (apa khabar,) askum (assalamualaikum) dan banyak lagi. Dalam bentuk tulisan, bahasa slanga bukan sahaja digunakan dalam bahan bacaan ringan seperti komik, malah majalah hiburan turut mempopularkan bahasa slanga ini. Pengaruh bahasa slanga yang semakin berkembang penggunaannya mendatangkan kerisauan bukan sahaja dalam kalangan pakar linguistik atau pejuang bahasa Melayu, malah ibu bapa juga tidak begitu setuju dengan pengaruh bahasa slanga ini. Walaupun perkembangan bentuk bahasa slanga tidaklah begitu membimbangkan, namun penggunaannya akan menular daripada bentuk lisan kepada bentuk penulisan.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan remaja mudah terpengaruh dengan penggunaan bahasa slanga ini. Antaranya faktor-faktor yang menyebabkan bahasa slanga ini makin ramai peminatnya ialah :

1. Menunjukkan identiti kumpulan

 Remaja pada masa kini jika kita lihat sudah hilang nilai budi bahasa. Susah untuk kita mendengar anak-anak muda zaman ini menyebut perkataan saya dan awak. Yang kerap kita dengar terutama di negeri-negeri moden seperti Selangor, Johor dan Kuala Lumpur ialag gua dan lu. Bagi golongan yang berpendidikan pula istilah yang selalu digunakan ialah I dan you. Perkataan-perkataan ini seolah-olah menunjukkan identiti remaja mengikut kumpulan iaitu golongan remaja yang kita sering katakan remaja liar dan juga remaja kelas atasan. Identiti mereka dapat kita kenal pasti melalui penggunaan bahasa slanga ini.

2. Menghilangkan tekanan emosi atau stress

Kebanyakan remaja yang menggunakan bahasa slanga ini terdiri daripada remaja yang menghadapi masalah dan sering berkumpul dengan kawan-kawan seusia untuk melupakan atau menghilangkan tekanan emosi yang dihadapi. Jadi, tidak hairanlah apabila kita sering terdengar remaja-remaja yang menghabiskan masa dengan melepak sering menggunakan perkataan ‘kacang je’ (mudah sahaja), ‘ayam’ (gadis), ‘jambu’ (cantik) dan sebagainya dengan suara yang kuat seolah-olah ingin masyarakat di sekeliling mereka mendengar apa yang mereka bualkan.

3. Mewujudkan kerahsiaan dalam kumpulan

 Bahasa slanga sering digunakan oleh golongan remaja untuk berkomunikasi sesame mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja. Kadang-kadang bahasa slanga yang digunakan menjadi kod rahsia kumpulan remaja tersebut. 

4. Rakan sebaya

Masyarakat selalu menyalahkan pengaruh rakan sebaya apabila berlakunya sesuatu masalah yang melibatkan remaja. Sebenarnya, apa yang masyarakat tidak sedar ia adalah kehendak seseorang itu sendiri sama ada ingin dirinya dipengaruhi ataupun tidak. Bagi faktor rakan sebaya, betapa mudahnya seseorang remaja mempengaruhi remaja yang lain kerana mereka sendiri tidak pasti akan identiti mereka sendiri. Maka, mereka lebih mudah menerima dan mengulang kembali apa yang dilakukan oleh kebanyakan rakan mereka. Ingin mengikut arus, trend supaya tidak dikatakan kuno atau berada di zaman ais.

5. Masa

Ternyata rata-rata pencemaran bahasa berlaku di alam siber adalah gara-gara penulisnya ingin menjimatkan masa. Pastinya kerana telah terbiasa dengan cara komunikasi dalam telefon bimbit, melalui sistem pesanan ringkas. Walaubagaimanapun, mesej di telefon bimbit adalah berlainan dengan mesej di alam siber. Ini kerana, mesej di telefon hanya dibaca dan difahami oleh penerimanya sahaja. Lain pula dengan perbualan di Internet yang pastinya akan dilihat dan dibaca oleh generasi yang sedangbelajar seperti adik-adik di sekolah rendah. Kadang-kadang kekeliruan boleh berlaku apabila terdapat pelbagai versi ejaan perkataan.


 6. Pengetahuan bahasa yang lemah. 

Kebanyakan mereka yang menggunakan bahasa slanga dan sebagainya adalah mereka yang mempunyai pengetahuan cetek dan kurang teliti dan peka dengan bahasa yang digunkan dalam berkomunikasi. Mereka ini selalunya mempunyai tahap akademik yang rendah dan tahapm pembacaan mereka juga lemah. Biasanya remajasering menggunakan bahasa mereka yang hanya difahami oleh mereka. 

( sumber : http://documents.tips/documents/faktor2-bhs-slanga.html )